REFLEKSI 1
Apakah kemahiran abad 21?
1) kemahiran berkomunikasi
2) kemahiran mengira
3) kemahiran sains teknologi
4) kemahiran penyelesaian masalah (berfikir secara kreatif)
5) kemahiran pengurusan diri dan kompetitif (keusahawanan)
6) kemahiran belajar dan bekerja
7) kemahiran hubungan antara peribadi (sosial)
8) kemahiran fizikal
9) kemahiran estetik
Seiring dengan zaman globalisasi pada masa kini, sebagai pendidik. Terlebih dahulu kita hendaklah bersiap-sedia dengan bekalan ilmu yang bukan sekadar ilmu untuk kita ajarkan kepada pelajar-pelajar tetapi ilmu untuk menghadapi ledakan dunia IT yang semakin hari semakin meningkat. Sekarang pelajar adalah merupakan generasi abad ke21 dan semestinya memerlukan kemahiran yang diperlukan untuk abad-21. Sistem pendidikan juga haruslah selari dengan abad 21. Secara umumnya sistem pendidikan boleh dikatakan mendokong dua peranan utama. Dari satu sudut, pendidikan sering dikenal pasti sebagai jentera untuk menyediakan tenaga kerja yang terlatih dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk menggerak dan menyuburkan pertumbuhan ekonomi negara.
Dari sudut lain pula pelajar yang sama setelah melalui sistem pendidikan formal, diharapkan menjadi individu yang seimbang dari segi pertumbuhan rohani, intelek dan jasmaninya. Keadaan dunia abad ke 21 akan semakin kecil dengan penemuan dan ciptaan baru serta maklumat yang sebegitu banyak ledakan maklumat atau prasarana maklumat menjadi paling hebat apabila high performance communication digabungkan dengan high performance computing. Melalui penggunaan pelbagai alat dan perkakasan hasil kemajuan teknologi seperti digital teknologi. World Wide Webs dan Internet. Kita dapat mencapai, menyimpan, mendapat balik dan menggunakan maklumat dengan cepat dalam masa yang singkat.
Dalam pada itu antara transformasi yang perlu dilalui oleh seorang pendidik ialah menguasai kemahiran ICT dimana pengetahuan mengenai ICT harus didedahkan kepada pelajar untuk melahirkan pelajar yang berpengetahuan dalam bidang ini. Selain itu juga guru harus menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Antara yang harus kita isikan adalah kerana untuk memenuhi keperluan-keperluan dan cabaran-cabaran perkembangan pembangunan ekonomi dan sosial abad 21. Menyediakan kemahiran-kemahiran abad 21 iaitu kemahiran pelajar yang bukan sekadar tahu membaca,menulis dan mengira malah bijak untuk memahami, menganalisis masalah dan mengaplikasikan dalam kehidupan. Pelajar juga bukan sekadar menggunakan pen, pensil dan buku untuk mencarik maklumat malah boleh mengeksploitasikan IT semasa dalam menuntut ilmu.
REFLEKSI 2
Apa yang penting adalah kita berkongsi pengenalan yang basic kepada guru-guru yang belum begitu mahir dalam presentation menggunakan power point. Kerana program power point merupakan program asas yang mudah untuk para guru mengajar pelajar dengan mudah dan merangsang minta pelajar. Dalam masa yang sama para guru hendaklah terlebih tahu kaedah untuk menyambung wayar kabel projector lcd dengan pc atau laptop. Dengan ini kita akan mengoptimumkan penggunaan ict sebaik mungkin di sekolah. Antara program yang akan saya usaha adakan adalah :
1. Mengadakan Program Kemahiran ICT untuk guru-guru di sekolah kerana kebanyakan sekolah-sekolah yang mempunyai guru-guru yang telah lama berkhidmat, terdiri daripada mereka yang masih berada di tahap 'perlu belajar' dan 'perlu bimbingan' untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT.
2. Mencadangkan guru supaya menilai setiap perisian yang sesuai sebelum menjalankan proses P&P serta melakukan persediaan yang rapi dalam penyediaan peralatan ICT. Kumpulan pelajar yang cemerlang dan lemah dibahagikan supaya memudahkan guru membuat penilaian diakhir sesi pengajaran. Kumpulan yang lemah akan diberi latihan yang berbentuk latih tubi sementara yang cemerlang diberi latihan bebentuk pengayaan.
3. Membantu guru yang lemah dalam kemahiran ICT dengan memberi tunjuk ajar yang sewajarnya.
4. Mengadakan Hari ICT di sekolah agar dapat menimbulkan minat guru dan pelajar dalam bidang ICT.
REFLEKSI 3
1) Antara ciri-ciri dan kemahiran yang ada pada saya untuk membolehkan saya mengawal proses pembelajaran saya secara atas talian ialah :
Saya dapat berinteraksi secara telus dan langsung dengan pensyarah dan rakan-rakan
• Memberi peluang kepada saya untuk bertanya dan berkomunikasi serta berkongsi idea tanpa rasa malu
• Dapat menyuarakan pandangan dan memberi komen membina kepada sahabat lain dalam usaha memperbaiki mutu dan kualiti multimedia yang dihasilkan
• Dapat mengumpul maklumat dan nota serta pembelajaran lebih terbuka tiada had masa
• Dapat memperbaiki kemahiran dengan bimbingan dari pensyarah dan rakan-rakan dengan mesej yang diberikan.
2- Apakah bahan atau sumber yang perlu disediakan oleh tutor/pensyarah supaya anda boleh mengawal proses pembelajaran anda atas talian?
Menyediakan nota dan isi penting serta isu2 contohnya dalam e learning dan menyenaraikan alamat url atau laman web tertentu berkaitan dengan tajuk/subjek tertentu yang dapat diakses.
3. Untuk makluman anda ketika pembentangan projek nanti, rakan-rakan anda yang lain dikehendaki untuk membuat penilaian terhadap anda berasaskan bintang (memberikan jumlah bintang yang bersesuaian dengan produk yang dihasilkan dan pembentangan yang dilakukan)
Soalannya, sekiranya anda fasilitator/tutor kelas ini, adakah anda akan menukar kaedah penilaian tugasan ini?Jika YA, jelaskan bagaimana dan mengapa? Jika TIDAK (dan ingin mengekalkan kaedah penilaian menggunakan sistem bintang), mengapa?Sekiranya saya fasilatitor/tutor kelas ini,saya akan mengekalkan kaedah penilaian tugas ini.Ini kerana bagi saya,kaedah penilaian yang digunakan oleh ustaz ini adalah seimbang untuk menilai pemahaman pelajar secara teori dan praktikal.
REFLEKSI 4.
1. Saya berasa agak teruja apabila diberitahu bahawa kami perlu menyiapkan 1 koswer yang menggabungkan semua elemen-elemen multimedia, walaupun saya hanya mempunyai ilmu asas shj dlm multimedia ini. walaubagaimanapun, setelah mengikuti kursus ini selama 12 minggu, sy berasa amat yakin bahawa saya boleh menyiapkan tugasan tersebut. ini kerana ust telah memberikan tunjuk ajar yg maksimum kpd kami. sebenarnya tugasan ini tidaklah sesukar yang saya gambarkan.
2. projek ini amat membantu saya untuk sy menjalani praktikum nanti. ini kerana, cara pembelajaran menggunakan koswer ini adalah sangat menarik dan boleh menarik minat pelajar untuk memberi tumpuan di dalam kelas. ia juga dapat menghidupkan suasana p&p di dalam kelas.
3. saya lebih bersetuju sekiranya kaedah penilaian dibuat dalam bentuk peratusan markah (%). ini kerana, kaedah penilaian menggunakan sistem bintang ini bersifat subjektif dan sukar dinilai oleh semua orang. hanya penilai yg tahu markah sebenar org yang dinilai.
REFLEKSI 5:
Apakah cadangan dan pendapat anda bagi memperbaiki sukatan pelajaran yang terdapat dalam subjek Multimedia dalam Pendidikan Islam ini? Adakah ianya perlu diubah? Sekiranya YA kenapa dan bagaimana. Sekiranya TIDAK kenapa?
Tidak perlu diubah sukatan tersebut. Ini kerana sukatannya adalah sesuai dan perlunya sukatan pelajaran yg terdapat dalam subjek multimedia ini secara dasarnya sgt baik dan tidak perlu diubah. ini krn, ilmu-ilmu yg di ajar spt kemahiran mengendalikan movie maker, ulead videostudio, snagit, membuat blog dan web adalah kemahiran yg perlu ada bg membantu bakal guru spt kami untuk mengajar disekolah nanti. walaubagaimanapun, sy amat berharap agar pada sesi yg akan dtg, pelajaran yg diajar di setiap kelas diseragamkan walaupun guru yg mengajar adalah guru yg berbeza.. Di samping itu perlulah menunjukkan lebih banyak contoh atau hasil yang berkaitan konsep yang diajar. Pengajaran seharusnya tidak terlalu cepat kerana terdapat segelintir pelajar yang lambat 'pick up'.
wallahua'lam.
Thursday, April 2, 2009
REFLEKSI
Posted by azim84 at 12:17 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)